Monday 23 June 2014

1.5)            ANUGERAH DITERIMA


   -    Gerai Terbaik Ekspo Perdagangan Koperasi daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia 
      Berhad (ANGKASA) yang telah diterima pada tahun 1995. Ekspo perdagangan koperasi ini telah dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebagsaan Malaysia Berhad pada 1 julai-30 julai 1995 bertempat di Pusat Islam Malaysia di Kuala Lumpur.

       -  Anugerah daripada Jabatan Penbangunan Koperasi  Malaysia pada 8 november 1997 di Dewan Jubli Perak Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

    -   Anugerah dari Pihak Kastam Diraja Malaysia negeri Kelantan, kerana memberi kerjasama yang mesra dan komitmen yang tinggi serta mematuhi perundangan pihak Kastam dalam berurusan dengan Kastam Diraja Malaysia Kelantan pada tahun 2002 di meterai oleh Pangarah Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan  iaitu Tuan Hj. Mohamed bin Sulong.


1.6)            AKTIVITI SEMASA

          - Bagi memberikan pendedahan kepada para anggota pihak koperasi juga turut menganjurkan serta menyertai pelbagai majlis atau pameran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta.

     - Program-program pameran ini turut disertai oleh para usahawan yang menjadi anggota koperasi,antara program yang telah disertai pada tahun 2007 adalah sempena Bulan Kemerdekaan kali yang Ke-50 di Sabah dan Sarawak serta di Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur Jalan Conlay.

      -  Koperasi juga telah bergabung dan bekerjasama dengan beberapa pihak terutamanya pihak Kementerian  Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Jabatan Pembangunan Koperasi bagi meningkatkan lagi industri batik dengan penganjurkan kursus latihan serta seminar berkaitan perusahaan batik dan juga koperasi.


                                                    Promosi Batik di Kompleks Kraftangan



1.7)            JUALAN PRODUK BATIK SIAP

-         KSPKB melebarkan lagi sayapnya dengan membuka bilik pameran ‘Koleksi Batik SDSI’ untuk menempatkan produk batik siap di samping membantu ahlinya memasarkan produk kraf yang dihasilkan oleh mereka.

-     KSPKB juga pernah menjadi pembekal kain batik siap kepada syarikat-syarikat besar seperti            UDAHolding Sdn. Bhd. dan Bank Rakyat Berhad.

-    Jualan bahan keperluan industri batik (penjualan kain putih).

-     Kegiatan utama koperasi adalah penjualan kain putih, lilin, rozin dan pelbagai keperluan industri batik. Penjualan kain ini telah memberikan sumbangan 80% daripada pendapatan koperasi tahunan.

-     Antara kain putih yang dijual adalah:

      Jacquard, silk, cotton, rayon, fuji,satin silk chiffon, organza serta pelbagai jenis kain putih yang terdapat di koperasi bagi pembuatan batik.







1.8)            SENARAI HARGA KAIN PUTIH

Bil
Kain
Harga / meter
1
SUTERA JACQUARD SENG TONG
RM 26.00
2
SUTERA JACQUARD  CATAYA
RM 26.00
3
SUTERA CREPE DECHINE SENG TONG
RM 26.00
4
SUTERA CREPE DECHINE  CATAYA
RM 26.00
5
SUTERA JACQUARD NO 2
RM 15.50
6
SUTERA HABOTAI 36 “
RM 11.50
7
RAYON JACQUARD
RM 12.50
8
RAYON FUJI 42”
RM 4.50
9
RAYON FUJI 36”
RM 3.00
10
COTTON SANFORIZE
RM 5.00
11
COTTON SPUN RAYON
RM 5.00
12
COTTON LAWN SIAM
RM 5.00
13
POPLIN LUKY
RM 5.00
14
FINE POPLIN
RM 4.50
15
COTTON SPUN RAYON
RM 5.20





2.0)  KEANGGOTAAN

Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada : 

-  Penduduk yang tinggal di seluruh Negeri Kelantan kecuali Daerah Kuala Krai.

-  Seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi ini mestilah :
      Warganegara Malaysia
      Telah mencapai umur 18 tahun
      Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi ini

         Seseorang yang bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun tidak boleh menjadi anggota.




2.1) TEMPAT OPERASI

            Persatuan Pembatik Melayu Pantai Timur beroperasi di:
ALAMAT : 3512-A JALAN SULTANAH  ZAINAB, 
15000 KOTA BHARU,   
KELANTAN
            NO. TEL  : 09-7483508/7441493
            NO.FAX : 09-7486913
            NO.PENDAFTARAN : 4872
            E-MAIL : koperasi pembatek. yahoo.com



5 comments:

  1. Salam,

    Kain putih tu jual kepada orang awam juga ke? Saya sedang mencari pembekal untuk pelbagai jenis kain putih untuk lukis batik. Boleh emailkan detail kepada saya di shahliyana@gmail.com

    TQ

    ReplyDelete
  2. Kain putih tu jual kepada orang awam juga ke? Saya sedang mencari pembekal untuk pelbagai jenis kain putih untuk lukis batik. Boleh emailkan detail kepada saya di syedamar.naufal@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Saya orang Kelantan dan bukan ahli. Baru nak mula buat batik. Boleh tak saya beli kain putih ni? Tolong email saya zamrinacm@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Best Baccarat (2021) - FBSBasino
    Learn everything you need 메리트카지노 to know about the card game, 제왕 카지노 how to play, tips, and tricks to win febcasino the game.

    ReplyDelete