Monday 23 June 2014

2.2)  AKTIVITI KOPERASI

-      Membekal bahan-bahan mentah untuk perusahaan batik dan tekstil, menjual barangan siap dan hasil  kraftangan

-      Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan

-     Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih

-     Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut  seksyen 54

-     Mengadakan subsidiary menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya

-     Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain

-     Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan Mesyuarat Agong



















     Promosi Batik di Sarawak 'Sarawak Regatta'






JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA:

1.TUAN HAJI KAMAROZ ZAMAN BIN HAJI MOHD SALLEH

2.TUAN HAJI CHE RAHIM BIN HAJI ABDULLAH

3. TUAN HAJI NIK FAKARUDIN BIN HAJI NIK SALLEH

4.TUAN HAJI AZHAR BIN IBRAHIM

5. TUAN HAJI AWANG BIN ESSA

6. TUAN HAJI IBRAHIM BIN HASSAN

7. EN. JUNAIDI BIN AWANG




1.5)            ANUGERAH DITERIMA


   -    Gerai Terbaik Ekspo Perdagangan Koperasi daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia 
      Berhad (ANGKASA) yang telah diterima pada tahun 1995. Ekspo perdagangan koperasi ini telah dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebagsaan Malaysia Berhad pada 1 julai-30 julai 1995 bertempat di Pusat Islam Malaysia di Kuala Lumpur.

       -  Anugerah daripada Jabatan Penbangunan Koperasi  Malaysia pada 8 november 1997 di Dewan Jubli Perak Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

    -   Anugerah dari Pihak Kastam Diraja Malaysia negeri Kelantan, kerana memberi kerjasama yang mesra dan komitmen yang tinggi serta mematuhi perundangan pihak Kastam dalam berurusan dengan Kastam Diraja Malaysia Kelantan pada tahun 2002 di meterai oleh Pangarah Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan  iaitu Tuan Hj. Mohamed bin Sulong.


1.6)            AKTIVITI SEMASA

          - Bagi memberikan pendedahan kepada para anggota pihak koperasi juga turut menganjurkan serta menyertai pelbagai majlis atau pameran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta.

     - Program-program pameran ini turut disertai oleh para usahawan yang menjadi anggota koperasi,antara program yang telah disertai pada tahun 2007 adalah sempena Bulan Kemerdekaan kali yang Ke-50 di Sabah dan Sarawak serta di Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur Jalan Conlay.

      -  Koperasi juga telah bergabung dan bekerjasama dengan beberapa pihak terutamanya pihak Kementerian  Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Jabatan Pembangunan Koperasi bagi meningkatkan lagi industri batik dengan penganjurkan kursus latihan serta seminar berkaitan perusahaan batik dan juga koperasi.


                                                    Promosi Batik di Kompleks Kraftangan



1.7)            JUALAN PRODUK BATIK SIAP

-         KSPKB melebarkan lagi sayapnya dengan membuka bilik pameran ‘Koleksi Batik SDSI’ untuk menempatkan produk batik siap di samping membantu ahlinya memasarkan produk kraf yang dihasilkan oleh mereka.

-     KSPKB juga pernah menjadi pembekal kain batik siap kepada syarikat-syarikat besar seperti            UDAHolding Sdn. Bhd. dan Bank Rakyat Berhad.

-    Jualan bahan keperluan industri batik (penjualan kain putih).

-     Kegiatan utama koperasi adalah penjualan kain putih, lilin, rozin dan pelbagai keperluan industri batik. Penjualan kain ini telah memberikan sumbangan 80% daripada pendapatan koperasi tahunan.

-     Antara kain putih yang dijual adalah:

      Jacquard, silk, cotton, rayon, fuji,satin silk chiffon, organza serta pelbagai jenis kain putih yang terdapat di koperasi bagi pembuatan batik.







1.8)            SENARAI HARGA KAIN PUTIH

Bil
Kain
Harga / meter
1
SUTERA JACQUARD SENG TONG
RM 26.00
2
SUTERA JACQUARD  CATAYA
RM 26.00
3
SUTERA CREPE DECHINE SENG TONG
RM 26.00
4
SUTERA CREPE DECHINE  CATAYA
RM 26.00
5
SUTERA JACQUARD NO 2
RM 15.50
6
SUTERA HABOTAI 36 “
RM 11.50
7
RAYON JACQUARD
RM 12.50
8
RAYON FUJI 42”
RM 4.50
9
RAYON FUJI 36”
RM 3.00
10
COTTON SANFORIZE
RM 5.00
11
COTTON SPUN RAYON
RM 5.00
12
COTTON LAWN SIAM
RM 5.00
13
POPLIN LUKY
RM 5.00
14
FINE POPLIN
RM 4.50
15
COTTON SPUN RAYON
RM 5.20





2.0)  KEANGGOTAAN

Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada : 

-  Penduduk yang tinggal di seluruh Negeri Kelantan kecuali Daerah Kuala Krai.

-  Seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi ini mestilah :
      Warganegara Malaysia
      Telah mencapai umur 18 tahun
      Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi ini

         Seseorang yang bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun tidak boleh menjadi anggota.




2.1) TEMPAT OPERASI

            Persatuan Pembatik Melayu Pantai Timur beroperasi di:
ALAMAT : 3512-A JALAN SULTANAH  ZAINAB, 
15000 KOTA BHARU,   
KELANTAN
            NO. TEL  : 09-7483508/7441493
            NO.FAX : 09-7486913
            NO.PENDAFTARAN : 4872
            E-MAIL : koperasi pembatek. yahoo.com




KOPERASI SERBAGUNA PEMBATIK
KELANTAN BERHAD (COOP)





 B) 1.1)   SEJARAH KOPERASI

  Koperasi Serbeguna Pembatik Kelantan Bhd. (KSPKB) didaftarkan di bawah ordinen koperasi 1948 pada 2 hb. Ogos 1973.

 Keanggotaan sehingga tahun 2013 telah mencecah hampir 387 orang anggota atau hampir keseluruhan pengusaha batik  di Negeri Kelantan menganggotainya sebagai sokongan kepada penubuhan (KSPKB) ini serta sebagai satu suara pengusaha batik di bawah satu bumbung bagi menjaga kepentingan warisan budaya timur agar terpelihara.

  Penglibatan (KSPKB) dalam perniagaan adalah bertujuan untuk membekalkan kain putih yang berkualiti serta mempunyai harga yang kompetitif di pasaran. Kain putih ini diimport dari negara China yang merupakan negara pengeluar terbesar kain putih.






1.2)  KOPERASI SERBAGUNA PEMBATIK KELANTAN BERHAD (COOP)

 -Demi kepentingan dan meningkatkan taraf ahli-ahli dan pembatik bumiputra, persatuan telah         menubuhkan Koperasi Serbaguna Pembatik Kelantan Berhad pada 2hb. ogos tahun 1973.               Kawasan koperasi ini ialah seluruh negeri Kelantan kecuali daerah Kuala Krai.     

  -Dengan tertubuhnya koperasi ini, perkhidmatan dan pembekalan bahan-bahan mentah yang lebih sempurna dapat diberikan kepada ahli-ahli dan pembatik-pembatik bagi memenuhi  permintaan mereka.

-  Dengan perniagaan yang  berkembang maju dari hasil sokongan ahli-ahli koperasi ini dapat            memiliki beberapa buah bangunan serta kedudukan kewangan yang teguh.


 1.3) MISI DAN OBJEKTIF

- Membantu kerajaan dalam merangsang peningkatan ekonomi Malaysia

-  Memberi tambah nilai terhadap ekonomi Wilayah Timur Malaysia

-  Mempertingkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti barangan Kraftangan Malaysia

-  Memberi peluang serta membantu pengusaha atau penjual mempromosikan hasil barangan            keluaran anggota koperasi

-  Sumber maklumat masyarakat tentang kepelbagaian jenis batik tempatan yang sedia ada

-  Memberi peluang kepada para penjual dan pengusaha mewujudkan jaringan antara satu sama        lain



 I)    Moto

“BATIK MAJU BERSAMA KOPERASI”

Ianya sebagai satu moto kepada pembangunan bersama anggota-anggota koperasi bagi     menggerakkan lagi persatuan ini seterusnya meningkatkan daya ekonomi pengusaha batik   bumiputra khususnya.

II)  Prinsip
  • Keanggotaan sukarela dan terbuka
  •  Penglibatan ekonomi anggota
  •  Autonomi dan kebebasan anggota
  •  Pendidikan, latihan dan maklumat
  •  Kerjasama antara koperasi-koperasi
  •  Prihatin terhadap komuniti

     1.4)    JAWATANKUASA KECIL (KSPKB)

-  Jawatankuasa Promosi, Pemasaran Batik, Penerangan dan Latihan

-  Jawatankuasa Kecil Hartanah dan Perkampungan Batik

-  Jawatankuasa Kerja Pelaburan dan Pemantauan

-  Jawatankuasa Memungut Hutang

-  Jawatankuasa Kecil SDSI ( Pentadbiran)

-  Jawatankuasa Kerja Kebajikan, Sosial dan Mengkaji Anggota

-  Jawatankuasa Kerja Pentadbiran, Bekalan dan Kewangan



1.5)            ASET-ASET KOPERASI


-  Lot 346, Seksyen 18 Bandar Kota Bharu

-  Lot 347, Seksyen 18 Bandar Kota Bharu

-  Lot 180, Seksyen 22 Bandar Kota Bharu

-  P.T 52, Kawasan M.I.E.L, Lundang Kota Bharu

-  P.T 55, Kawasan M.I.E.L, Lundang Kota Bharu

-  Lot 359, Seksyen 18 Bandar Kota Bharu.


1.5) AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PERSATUAN

(13/1/12)
Jemputan Ke Kongres Zon Pantai Timur (KEM-Z-PT) Anjuran Yayasan Pembangunan DPMM dengan kerjasama DYMM Negeri Kelantan dan Majlis Tindakan (MTEM)
(14/1/2013)
Jemputan Menyertai Seminar Kesedaran Harta Intelek “Kearah Melindungi Produk Dan Perkidmatan”
(16/1/2013)
Taklimat Program Latihan Maktab Koperasi
Malaysia (MKM) 2013 di Negeri Kelantan

(30/1/2013)

Aktiviti Pelancongan dan Taklimat Program Latihan MKM 2013

(23/2/2013)
Kejohanan Petang
Angkasa Peringkat Negeri
Kelantan

(28/2/2013)
Perasmian Hari Kraf Kebangsaan Tahun 2013

(4-6/3/2013)
Promosi produk syarikat negeri kelantan, sempena lawatan YB. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

(18-26/5/2013)
Promosi Kraf Malaysia Sarawak Tahun 2013
(24/5-3/6/2013)
Promosi Kraf Malaysia Sabah Tahun 2013

(17/6/13)
Mesyuarat Agong Persatuan Batik Malaysia
PROMOSI  KRAF MALAYSIA
‘SARAWAK REGATTA’





     1.7)  ASET PERSATUAN

         Alamat : 3535-E Jln Kuala Krai, Kota Bharu           
               No.Geran : 12108
               Lot : 422
               Jenis Lot : Bangunan Perniagaan
               Penyewa : Tuan Haji Fathi Bin Abdullah

          Alamat : 4367-F Jln Kebun Sultan,Kota Bharu
               (Tingkat Bawah)
               No.Geran : 16304
               Lot : 900     
               Jenis Lot : Bangunan Perniagaan

         Alamat : 4367-F Jln Kebun Sultan,Kota Bharu
              (Tingkat Atas)
              No.Geran : 16304
              Lot : 900
              Jenis Lot : Zzutee Enterprise



            BANK
            Persatuan mempunyai kedudukan kewangan yang teguh di dua buah bank sepertimana berikut
1.                            
  •    Malayan Banking Berhad                                                                                                         Cawangan Wakaf Siku, Jalan Sultan Yahya Petra Kota Bharu
  •  RHB Bank Berhad,                                                                                                                    Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu. 
       

            KAKITANGAN PERSATUAN

            Segala urusan Persatuan Pembatik Melayu Pantai Timur dijalankan sepenuhnya oleh kesemua kakitangan Koperasi Serbaguna Pembatik Kelantan Berhad.