Monday 23 June 2014


KOPERASI SERBAGUNA PEMBATIK
KELANTAN BERHAD (COOP)





 B) 1.1)   SEJARAH KOPERASI

  Koperasi Serbeguna Pembatik Kelantan Bhd. (KSPKB) didaftarkan di bawah ordinen koperasi 1948 pada 2 hb. Ogos 1973.

 Keanggotaan sehingga tahun 2013 telah mencecah hampir 387 orang anggota atau hampir keseluruhan pengusaha batik  di Negeri Kelantan menganggotainya sebagai sokongan kepada penubuhan (KSPKB) ini serta sebagai satu suara pengusaha batik di bawah satu bumbung bagi menjaga kepentingan warisan budaya timur agar terpelihara.

  Penglibatan (KSPKB) dalam perniagaan adalah bertujuan untuk membekalkan kain putih yang berkualiti serta mempunyai harga yang kompetitif di pasaran. Kain putih ini diimport dari negara China yang merupakan negara pengeluar terbesar kain putih.






1.2)  KOPERASI SERBAGUNA PEMBATIK KELANTAN BERHAD (COOP)

 -Demi kepentingan dan meningkatkan taraf ahli-ahli dan pembatik bumiputra, persatuan telah         menubuhkan Koperasi Serbaguna Pembatik Kelantan Berhad pada 2hb. ogos tahun 1973.               Kawasan koperasi ini ialah seluruh negeri Kelantan kecuali daerah Kuala Krai.     

  -Dengan tertubuhnya koperasi ini, perkhidmatan dan pembekalan bahan-bahan mentah yang lebih sempurna dapat diberikan kepada ahli-ahli dan pembatik-pembatik bagi memenuhi  permintaan mereka.

-  Dengan perniagaan yang  berkembang maju dari hasil sokongan ahli-ahli koperasi ini dapat            memiliki beberapa buah bangunan serta kedudukan kewangan yang teguh.


 1.3) MISI DAN OBJEKTIF

- Membantu kerajaan dalam merangsang peningkatan ekonomi Malaysia

-  Memberi tambah nilai terhadap ekonomi Wilayah Timur Malaysia

-  Mempertingkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti barangan Kraftangan Malaysia

-  Memberi peluang serta membantu pengusaha atau penjual mempromosikan hasil barangan            keluaran anggota koperasi

-  Sumber maklumat masyarakat tentang kepelbagaian jenis batik tempatan yang sedia ada

-  Memberi peluang kepada para penjual dan pengusaha mewujudkan jaringan antara satu sama        lain



 I)    Moto

“BATIK MAJU BERSAMA KOPERASI”

Ianya sebagai satu moto kepada pembangunan bersama anggota-anggota koperasi bagi     menggerakkan lagi persatuan ini seterusnya meningkatkan daya ekonomi pengusaha batik   bumiputra khususnya.

II)  Prinsip
  • Keanggotaan sukarela dan terbuka
  •  Penglibatan ekonomi anggota
  •  Autonomi dan kebebasan anggota
  •  Pendidikan, latihan dan maklumat
  •  Kerjasama antara koperasi-koperasi
  •  Prihatin terhadap komuniti

     1.4)    JAWATANKUASA KECIL (KSPKB)

-  Jawatankuasa Promosi, Pemasaran Batik, Penerangan dan Latihan

-  Jawatankuasa Kecil Hartanah dan Perkampungan Batik

-  Jawatankuasa Kerja Pelaburan dan Pemantauan

-  Jawatankuasa Memungut Hutang

-  Jawatankuasa Kecil SDSI ( Pentadbiran)

-  Jawatankuasa Kerja Kebajikan, Sosial dan Mengkaji Anggota

-  Jawatankuasa Kerja Pentadbiran, Bekalan dan Kewangan



1.5)            ASET-ASET KOPERASI


-  Lot 346, Seksyen 18 Bandar Kota Bharu

-  Lot 347, Seksyen 18 Bandar Kota Bharu

-  Lot 180, Seksyen 22 Bandar Kota Bharu

-  P.T 52, Kawasan M.I.E.L, Lundang Kota Bharu

-  P.T 55, Kawasan M.I.E.L, Lundang Kota Bharu

-  Lot 359, Seksyen 18 Bandar Kota Bharu.


No comments:

Post a Comment